Saturday, April 28, 2012

PERSEDIAAN BERSALIN

Cepat sungguh masa berlalu..rasa macam baru je kawen. hihi. tp rupa2 nya mggu ni dh masuk 35weeks aku pregnant.. 5weeks more to go.. risau + takut + excited = mcm2 perasaan ada...so di kesempatan yg ada ini, aku pun meng"google" lah tentang persediaan bersalin & apakah keperluan baby yg perlu ada untuk baby yg baru lahir (masa kat hospital). Maklumlah ni my 1st baby. so xde experience lg.

Ni lah sedikit maklumat yg aku dpt... 
masa kt kaunter pendaftaran (HOSPITAL)
- rekod kesihatan (antenatal card)
- sebarang dokumen/surat yg berkaitan
- kad pengenalan
barang-barang (BABY) -ni semua masukkn dlm 1 beg
-baju & seluar baby 
- barut
- sarung kaki, sarung tgn & topi (skrg dh ada selimut yg ada topi)
- pampers
- bedung
- set mandian baby / bedak / losyen
- towel 
- wet tissue
- minyak yu yee
barang-barang bakal ibu
- baju tshirt yg longgar - kalo bleh yg ada bukaan dpn, 
senang utk menyusu (tp biasa kena pakai baju hospital je - bergantung pada hospital tmpt bersalin)
- stoking (2 pasang)
- tuala wanita utk org bersalin
- kain batik
- set mandian, berus gigi, ubt gigi, sikat, pencuci muka, losyen (sila tambah apa yg perlu) 
- towel, panties & nursing bra
- selipar toilet
barang-barang lain
-plastik utk letak baju kotor
- handphone / charger
- camera
- buku / majalah
- air mineral 


itu shj..kalo ada yg terkurang, bolehlah tambah yer..
kebanyakan brg2 aku dh beli, cuma belum masukkn dlm beg je lg. ;p
weekend ni plan nk packing brg2 yg nk bawa p hospital..

Wednesday, March 14, 2012

DOA MUDAH BERSALIN & KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN

Ya Allah,
peliharalah anakku selama dia berada di dalam kandunganku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah,
Zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat.

Ya Allah,
Anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim, dan beramal.

Ya Allah,
Panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quraan dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Sunday, October 30, 2011

31oct2011

slm aidiladha untuk semua muslimin muslimat..arini 1st time aku menaip di blog ni. sbnrnya blog ni dh sekian lame ku create. cume aku xtau nk tulis ape kt cni.blog ni di create dgn bantuan n tunjuk ajar dik wani fazwin mase beliau jd ofismateku..thank u to u der..smg hepi di tmpt baru..
arini kt ofisku ada yg dh cuti raya, ada yg demam..so agak boring lah juge arini kerana sunyi je ofis arini.
oleh kerana itu, ku mengambil kesempatan ini utk ber"blog" arini. udah bosan, ngak tau mau bikin ape sih..
xtau nk google ape lg.. last sekali aku google sedikit mutiara kata untuk pedoman kita bersama..

 "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."
"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.."
"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."
"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."

so rasenye oklah kot dulu utk kali ni, smg mutiara kata yg dikongsikan itu akan memberi sedikit ilmu pd kite semua..babai..